Monday, 11 March 2013

Permohonan Halal Perlu Persiapan

Setiap pengusaha yang ingin membuat permohonan halal perlulah terlebih dahulu melakukan persiapan. Antaranya ialah persiapan dari segi premis, pekerja, bahan mentah (raw material), dokumentasi berkaitan dan pembungkusan.

Setiap perkara tersebut perlulah mengikut dan mematuhi peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan. Peraturan dan garis panduan yang perlu dipatuhi adalah merujuk kepada Malaysian Standards; MS 1500:2009, MS 2200(bahagian 1 & 2) dan beberapa lagi standard yang berkaitan serta Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Sekiranya pihak pengusaha memohon terus tanpa bertindak terlebih dahulu mengikut garis panduan tersebut, dikhuatiri permohonan sijil halal bagi premes pengusaha gagal. Ini akan merugikan kerana melambatkan proses untuk mendapatkan sijil halal.

Usaha ke arah pensijilan halal perlulah terlebih dahulu di aplikasikan di dalam premis pemohon agar permohonan sijil halal dapat diproses dengan mudah dan cepat.

*segala pertanyaan boleh di emailkan kepada perundinghalal@gmail.com

No comments:

Post a Comment