Monday, 11 March 2013

Permohonan Halal Perlu Persiapan

Setiap pengusaha yang ingin membuat permohonan halal perlulah terlebih dahulu melakukan persiapan. Antaranya ialah persiapan dari segi premis, pekerja, bahan mentah (raw material), dokumentasi berkaitan dan pembungkusan.

Setiap perkara tersebut perlulah mengikut dan mematuhi peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan. Peraturan dan garis panduan yang perlu dipatuhi adalah merujuk kepada Malaysian Standards; MS 1500:2009, MS 2200(bahagian 1 & 2) dan beberapa lagi standard yang berkaitan serta Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Sekiranya pihak pengusaha memohon terus tanpa bertindak terlebih dahulu mengikut garis panduan tersebut, dikhuatiri permohonan sijil halal bagi premes pengusaha gagal. Ini akan merugikan kerana melambatkan proses untuk mendapatkan sijil halal.

Usaha ke arah pensijilan halal perlulah terlebih dahulu di aplikasikan di dalam premis pemohon agar permohonan sijil halal dapat diproses dengan mudah dan cepat.

*segala pertanyaan boleh di emailkan kepada perundinghalal@gmail.com

Sunday, 10 March 2013

Perkhidmatan Kami

Kami menyediakan khidmat perundingan, nasihat, serta segala yang berkaitan industri halal seperti:-

-Permohonan sijil halal Malaysia
-Pra Audit/internal audit
-Samak/Sertu
-Khidmat Eksekutif Halal

Perkhidmatan terbuka kepada:-

- Pengusaha Restoran/Kedai makan/Cafe
- Hotel/Resort/Challet (Dapur & Restoran)
- Pengusaha Produk Makanan/Minuman
- Pengusaha Produk Barang Gunaan/Kosmetik

*keutamaan di dalam negeri Pahang
Sebarang pertanyaan bagi perkhidmatan, bolehlah email kepada perundinghalal@gmail.com

"Halal itu bersih dan selamat"